Halaman

Rabu, 28 April 2010

MUKHAYYAM QURANI 2010 - MTAQA

6 April 2010

Setelah solat subuh dan baca surah yasin, pelajar MTAQA mula bersiap memulakan misi hari ini, Mukhayyam Qurani 2010. Pada pukul 8 pagi, kami berkumpul di hadapan pejabat mengikut kumpulan masing-masing. Sebelum bertolak, Ustaz Nasuruddin Ismail mengetuai bacaan doa kemudian bertakbir sekuat hati bagi menaikkan semangat kami.

Pukul 10.00 pagi, kami tiba di D’Bali Motivation & Training Centre Tok Bali. Majlis peramian dimulakan pada pukul 12.00 t/hari yang dirasmikan oleh Ustaz Zaki Deraman, Penolong panarah Kokurikulum Bahagian Agama. Selepas solat zuhur, acara LDK1 iaitu kalimatul quran dan tafsir bermula untuk menguji kebijaksanaan kumpulan. Selepas solat asar kami berkumpul tidak jauh dari pantai bagi acara sukaneka seperti lari berhalangan dan sebagainya.

Pada malamnya, kami mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Usatz Ubaidillah Alias, penulis novel. Seronok juga dapa bertemu dengan penulis novel yang tersohor di Kelantan. Selepas solat isyak, kami mengikuti sesi tafakkur bagi mengingati asal –usul diri,ke mana halatuju dan untuk apa kita hidup. Kemudian lena pejuang dimulakan.

7 April 2010

Alhamdullah semua pelajar berjaya bangun pada pukul 4.30 pagi untuk mandi dan qiamulail bermula pada pukul 5.00pagi. Selepas membaca al-quran kami sempat bersantai bersama ustaz di tepi pantai. Selepas solat dhuha, kami dapat melakukan aksi seperti pelatih PLKN. Selepas itu, kami dapat merasai kenikmatan “flying fox”. Betapa hebatnya penerjunan kami.

Alhamdullah, dapat juga rehat selepas solat zuhur. Nikmatnya boleh tidur dalam keadaan keletihan. Selepas solat asar,kami masuk gelanggang bagi acara “fear factor” dan “sand castle” bagi menentukan kumpulan terbaik. Selepas solat maghrib, kami sempat mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Amran Mat Zain. Pada pukul 9.00 malam, setiap kumpulan mesti mempersembahkan sebuah pentomen yang tebaik untuk melengkapkan program Mukhayyam Qurani 2010.

8 April 2010

Bangun pagi dan qiamulail sepeti biasa. Selepas subuh, kami murajaah al-quran, kemudian terus ke gelangang bagi acara kawad yang dilatih oleh Cikgu Faiz Masrul.Selepas sarapan, setiap kumpulan memberikan resolusi bagi menceritakan pengajaran yang dapat diambil semasa mukhayyam.

Pada pukul 10 pagi,majlis penutup dan penyampain hadiah untuk johan, naib johan, tempat ketiga dan saguhati. Selepas tamat majlis penutup dan penyampaian hadiah, kami berkemas barang sebelum bertolak pulang ke MTAQA. Kami selamat sampai di sekoah pada pukul 2.00 petang. Kesimpulannya mukhayyam kali ini dapat mengubah diri kami ke jalan yang betul. Bersesuaian dengan motto “BERANI ERUBAH”


VIDEO KENANGAN MANIS SEMASA MUKHAYYAM QUURANI 2010







6 ulasan:

  1. very interesting........teringat balik zaman rebah bangun bersama....

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. gno nk download video nih??!

    BalasPadam
  4. video nih ado dlm fesbuk husni.kalu nk blh share

    BalasPadam
  5. hmmm....ana salah seorang plajar skoloh niee.......nk cakap skit jer....x de ruangan untuk bahasa inggeris ...kalu de bleh tunjuk kat org luar negara

    BalasPadam