Halaman

Khamis, 5 Januari 2012

tips study yang terbaik

Selamat pagi. Cuaca pagi ni sungguh damai hingga ramai yang syahid atas katil. Mengantuk jugak, tapi tak elok tidur lepas Subuh, sempit rezeki. Tu kata orang tua. Tapi ramai muda-mudi membangkankan. Tapi sebenarnya betul kerana nabi bersabda
"Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari"
(Riwayat al-baihaqi)

Ni nak share 1 peringatan daripada kenalan tentang tips2 belajar, mungkin sesuatu yang dianggap remeh, tapi besar impaknya. Semua tahu kan apa itu berkat? Sesuatu yang tak boleh dilihat, tapi dengan berkat tu, kita boleh rasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di pundak kita.

TIPS STUDY
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ni kerana Allah. Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kelas, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa stress kalau kelas dari pagihingga ke malam. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri, tiap kali nak study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran walau sesibuk mana pun kita. Ni ada satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur, walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s tiap kali sebelum belajar, kita yang besar berjela ni tak kan tak mampu kot. Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.

3) Bila kita rasa stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Kalau macam kita ni yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2 positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.

4) Part paling penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan. Berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah. Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.

5) Last but not least, jangan lupa baca doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat..
.............................................................



Jadi, selamat beramal. Cubalah praktis tips study ni, matlamat kita bukan lah cemerlang dalam study semata, tapi kita juga nak keberkatan daripada Allah. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu)

Jadilah seperti Rasulullah dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan baca Al Quran. Buat pemburu dunia, jangan pula kita bagi alasan, mereka tak sama macam kita, iman mereka mantap kerana Rasulullah ada di sisi. Kita tak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Sabtu, 17 Julai 2010

"read..read with the name of your God who make all of the whole world" (Al-A'la.1-2)

all the human!!! we have already know about it.... so we hav to n need to read alquran.... it not for anybody but it just for our life..... for safe at the Judgement Day.... becoz at there nobody can save us except our "amal".......

so.....
think think think n think about this.........
this is just for us.....
not to anybody........
for ourself......

READ AL-QURAN MAY GIVE US A LOT OF COOL N PEACE.........=)
MAASSALAMAH WA ILALLIQA'

Jumaat, 11 Jun 2010

Khasiat SUJUD

Khasiat SUJUD
1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :
1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
3- Melegakan sakit hernia.
4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs)
6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
8- Meringankan bahagian PELVIS.
9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .
10- Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik
(smooth blood circulation).
12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).
14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.. insyaAllah..

"Ya Rabbi kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)
Jadi Apa yang kita tunggu lagi.. silakan bersujud dengan Benar dan Khusu semoga bermamfaat
"

Isnin, 7 Jun 2010

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Interview with Dr. Murad Wilfried Hofmann, a Moslem
Germany's Ambassador, Ex Christian
Recorded in Postdam, Germany, July 14th, 2002

And Qur'an for me was a revelation
Because it put all the doubt that I have about Christian Doctrine.
Everything is on the place!
Reason! Logically!
My doubt about Original Sin, Expiation of Sin guy, Sacrifiation die for sin, divine incarnation, Trinity.
All these things I have refuse to belief because it divide my mind.
And when I read Qur'an, Jesus is incredible figure.
And all the dogma just mention clear in there.

Interview Dr. Murad Wilfried Hofmann, seorang Muslim
Duta German, Mantan Christian
Postdam, Germany, 14 July 2002

Dan Qur'an buat sy adalah Wahyu
Kerana Qur'an menjawab semua keraguan saya soalan Christian Doktrin
Semua terjawab!
Alasan Tepat! Logis!
Keraguan saya soalan Dosa waris, penebusan dosa, "Tuhan" dibunuh untuk dosa, "Tuhan" menjadi manusia, Trinitas.
Semua ni kena saya tolak untok mempercayainya kerana bertentangan dengan hati kecil saya.
Dan saat saya membaca Qur'an, Jesus ialah pribadi luar biasa.
Dan semua keraguan dogma gereja terjawab disana.
----------------------------------------------------
Apa beza Muallaf & Murtadin?
Muallaf ialah ramai dari golongan cendekiawan, pintar, guna akal, masok islam setelah berfikir panjang guna akal.

Murtadin ialah ramai orang dari golongan tak guna akal untok memeluk agama lain, banyak disebabkan kerana sikit harta, secuil tahta, sesikit cinta dari manusia hina di dunia fana.

Jadi,,, 1 bukti lagi,,, ISLAM TERBUKTI BENAR.

Qs.3 Ali Imran:85 Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka SEKALI-KALI TIDAK AKAN DITERIMA daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi

Qs.3 Ali Imran:19 Sesungguhnya agama disisi Allah HANYALAH Islam.

Dakwahkanlah meski cuma 1 ayat shaja, mulakan dari saudara & rakan2 sekitar kita. Biar cuma sikit 1 ayat tapi disampaikan, lagi baik daripada ramai ilmu tapi cuma untok diri sendiri.

Tolong jemput/undang rakan + saudara di bawah gambar daripada page ini agar ramai orang saling ingat meng-ingati sesama insan:

Rabu, 28 April 2010

MUKHAYYAM QURANI 2010 - MTAQA

6 April 2010

Setelah solat subuh dan baca surah yasin, pelajar MTAQA mula bersiap memulakan misi hari ini, Mukhayyam Qurani 2010. Pada pukul 8 pagi, kami berkumpul di hadapan pejabat mengikut kumpulan masing-masing. Sebelum bertolak, Ustaz Nasuruddin Ismail mengetuai bacaan doa kemudian bertakbir sekuat hati bagi menaikkan semangat kami.

Pukul 10.00 pagi, kami tiba di D’Bali Motivation & Training Centre Tok Bali. Majlis peramian dimulakan pada pukul 12.00 t/hari yang dirasmikan oleh Ustaz Zaki Deraman, Penolong panarah Kokurikulum Bahagian Agama. Selepas solat zuhur, acara LDK1 iaitu kalimatul quran dan tafsir bermula untuk menguji kebijaksanaan kumpulan. Selepas solat asar kami berkumpul tidak jauh dari pantai bagi acara sukaneka seperti lari berhalangan dan sebagainya.

Pada malamnya, kami mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Usatz Ubaidillah Alias, penulis novel. Seronok juga dapa bertemu dengan penulis novel yang tersohor di Kelantan. Selepas solat isyak, kami mengikuti sesi tafakkur bagi mengingati asal –usul diri,ke mana halatuju dan untuk apa kita hidup. Kemudian lena pejuang dimulakan.

7 April 2010

Alhamdullah semua pelajar berjaya bangun pada pukul 4.30 pagi untuk mandi dan qiamulail bermula pada pukul 5.00pagi. Selepas membaca al-quran kami sempat bersantai bersama ustaz di tepi pantai. Selepas solat dhuha, kami dapat melakukan aksi seperti pelatih PLKN. Selepas itu, kami dapat merasai kenikmatan “flying fox”. Betapa hebatnya penerjunan kami.

Alhamdullah, dapat juga rehat selepas solat zuhur. Nikmatnya boleh tidur dalam keadaan keletihan. Selepas solat asar,kami masuk gelanggang bagi acara “fear factor” dan “sand castle” bagi menentukan kumpulan terbaik. Selepas solat maghrib, kami sempat mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Amran Mat Zain. Pada pukul 9.00 malam, setiap kumpulan mesti mempersembahkan sebuah pentomen yang tebaik untuk melengkapkan program Mukhayyam Qurani 2010.

8 April 2010

Bangun pagi dan qiamulail sepeti biasa. Selepas subuh, kami murajaah al-quran, kemudian terus ke gelangang bagi acara kawad yang dilatih oleh Cikgu Faiz Masrul.Selepas sarapan, setiap kumpulan memberikan resolusi bagi menceritakan pengajaran yang dapat diambil semasa mukhayyam.

Pada pukul 10 pagi,majlis penutup dan penyampain hadiah untuk johan, naib johan, tempat ketiga dan saguhati. Selepas tamat majlis penutup dan penyampaian hadiah, kami berkemas barang sebelum bertolak pulang ke MTAQA. Kami selamat sampai di sekoah pada pukul 2.00 petang. Kesimpulannya mukhayyam kali ini dapat mengubah diri kami ke jalan yang betul. Bersesuaian dengan motto “BERANI ERUBAH”


VIDEO KENANGAN MANIS SEMASA MUKHAYYAM QUURANI 2010







Selasa, 27 April 2010

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

For English Version, please click right here:
http://www.facebook.com/album.php?aid=157427&id=298400792751

Masih ingat banyak posting hari-hari lalu soalan bukti-bukti ilmiah Qur'an?
Sebuah Kitab yg mengaku dari ALLAH, harus berani dihadapkan dengan segala macam soalan, segala zaman, segala segi, segala sisi, dari sudut manapun & harus sepanjang zaman.

Dari segi Sastra, matematika, astronomi, sains, tata negara, muamalat, ekonomi, Kode-kode angka, jumlah surah, jumlah ayat, jumlah kalimat, jumlah huruf, segala ilmu, segala abad, sejak penciptaan alam semesta, masa lalu, masa kini, masa depan, sehingga masa kiamat & kehidupan setelah kiamat sekalipun

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. QS. 4 An-Nisaa':82

Dan zaman ini ialah zaman ilmu pengetahuan, apakah Qur'an dapat mengikuti perkembangan zaman???
--------------------
Profesor Yoshihide Kozai mengatakan: "Saya sangat terkesan dengan penernuan kebenaran astronomi di dalam al-Quran." Prof. Kozai adalah pensiunan Guru Besar di Universitas Tokyo, Hongo, Tokyo, Jepang dan Direktur The National Astronomical Observatory, Mikata, Tokyo, Jepang.

Kami mempresentasikannya sejumlah ayat al-Quran yang menggambarkan awal mula penciptaan langit yang mana ada hubungan antara bumi dengan langit. Setelah mempelajari ayat ini, Profesor Kozai menanyakan kepada kami tentang al-Quran dan waktu ketika al-Quran diturunkan.

Kami memberitahukannya bahwa al-Quran diturunkan pada 1400 tahun yang lalu dan kemudian kami menanyakannya tentang fakta yang terdapat pada ayat-ayat ini. Setelah kami menjawab, kami akan menunjukkannya teks al-Quran.

Dia menampakkan keterkejutannya lalu mengatakan bahwa al-Quran menggambarkan alam semesta seperti poin tertinggi, segala sesuatu yang telah dilihat secara terang dan jelas. Dialah yang telah mengatakan segala sesuatu yang kita hhat keberadaannya. Inilah poin yang tidak ada yang tidak dapat dilihat.

Kami menanyakannya, apakah poin itu pada saat cakrawala dalam bentuk asap. Beliau menjelaskan bahwa semua tanda dan indikasi itu berkumpul untuk membuktikan bahwa satu poin pada saat seluruh cakrawala itu tidak ada namun sebuah kumpulan asap. Hal ini memperkuat sebuah bukti yang tampak. Para ilmuwan sekarang dapat menyelidiki bintang baru yang terbentuk dari asap itu, yang mana keaslian dari alam semesta kita sebagaimana yang kita lihat.

Gambar ini baru saja diperoleh akhir-akhir ini dengan bantuan pesawat ruang angkasa. Hal ini ditunjukkan dengan salah satu bintang yang terbentuk dari asap. Lihatlah bagian asap bagian luar yang tampak kemerah-merahan sebagai awal dari kumpulan panas.

Dan lihatlah pusat awan dan bagaimana asap yang penuh asap itu kepadatannya yang tinggi menjadi bersinar. Bintang-bintang yang bersinar seperti yang kita lihat sekarang terbentuk dari asap yang menghiasi alam semesta. Kami menunjukkannya beberapa ayat ayat al­Quran sebagai berikut:

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: “Datanglah kamu : Keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa, keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati. " (QS Fushshilat : 11)

Beberapa ilmuwan menggambarkan dukhaan atau asap "yang berkabut". Akan tetapi Profesor Kozai menjelaskan bahwa kabut tidak cocok dengan penggambaran asap ini, sebab kabut memiliki sifat yang khas, yaitu dingin sedangkan asap kosmis agak panas. Dukhaan pada kenyataannya tersusun dari gas yang tersebar yang mana zat padat itu terselamatkan.

Dan inilah penggambaran yang benar dari asap yang timbul di alam semesta sebelum bintang-bintang terbentuk. Profesor Kozai mengatakan bahwa karena asap itu panas, kita tidak dapat menggambarkan asap itu sebagai "kabut".

Dukhaan adalah kata deskriptif yang paling bagus yang dapat digunakan. Dengan cara inilah Profesor Kozai melanjutkan penelitiannya tiap-tiap ayat al-Quran yang kami tunjukkan kepadanya.

(Hal ini jauh berbeda dengan apa yg dikatakan alkitab kristian yg mengatakan jika pada awal penciptaan berupa air.

Kejadian 1:2 Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang DI ATAS PERMUKAAN AIR.

Tidak mungkin pada saat awal penciptaan alam semesta ini sudah ada air. Ini ialah suatu yang sama sekali tidak ilmiah dan terbukti salah.)

Akhirnya kami bertanya kepadanya: "Apa yang Anda pikirkan tentang fenomena ini yang telah Anda lihat, yakni permulaan ilmu pengetahuan untuk menemukan rahasia alam semesta, sedangkan beberapa rahasia ini telah diungkapkan di dalam al-Quran atau Sunnah?

Apakah Anda berpikir bahwa al-Quran yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW berasal dari manusia?"

Profesor Kozai menjawab: "Saya katakan, saya sangat terkesan dengan penemuan kenyataan astronomi di dalam al-Quran dan bagi kita, para ahli astronomi, mempelajari hal itu hanya sebagian kecil dari alam semesta.

Kita telah menghimpun kekuatan kita untuk memahami sebagian kecil. Sebab, bagian kecil dari langit tanpa berpikir keseluruhan isi alam semesta. Sehingga dengan membaca al-Quran dan menjawab pertanyaan, saya berpikir, saya dapat menemukan jalan masa depan saya untuk investigasi alam semesta."

Profesor Kozai percaya bahwa al-Quran itu tidak mungkin berasal dari manusia. Dia lebih lanjut mengatakan bahwa "Kami para ilmuwan memusatkan studi kita hanya pada area kecil, akan tetapi jika kita membaca al-Quran, kemudian kita akan terlihat gambar yang lebih luas dari alam semesta ini.

Para ilmuwan harus melihatnya dalam pandangan yang lebih luas dengan tidak terbatas dan pandangan yang sempit." Profesor Kozai mengakui hubungannya dengan kosmos, dia sekarang sanggup untuk menetapkan jalannya untuk masa depan.

Dia mengatakan dari sekarang dia akan merencanakan riset dengan petunjuk yang meliputi ayat al-Quran dari sudut pandang alam semesta. Allah Maha Besar dan Maha Agung. Inilah keajaiban yang abadi yang diulangi lagi.

Inilah keajaiban yang diberikan untuk kehidupan dan meyakinkan Muslim dan non-Muslim dan akan meyakinkan seluruh generasi sampai Hari Kiamat. Allah berfirman di dalam al­Quran:

". . . . tetapi Allah mengakui al-Quran yang diturunkan-Nya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmu-Nya.. . . " (QS an-Nisa: 166)

"Dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetuhuinya. Dan Tuhamu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan. " (QS an-Naml: 93)

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. QS. 4 An-Nisaa':82

Jadi,,, 1 lagi BUKTI,,, Islam TERBUKTI BENAR!
DARI ILMIAH,,,, Islam terbukti Benar
DARI KITAB LAIN,,, Islam terbukti Benar

Segala puja & puji bagi ALLAH,,, Qur'an TERBUKTI Sepanjang Masa!

Sila copy paste & yg paling utama ialah menyebarkan & bagi tahu rakan + saudara lain guna email, picture post, wall post, TAG picture dan semua cara kena diguna untok menyebarkan PEMBUKTIAN ISLAM IALAH SATU-SATUNYA AGAMA YG BENAR.

Dakwahkanlah meski cuma 1 ayat shaja, mulakan dari saudara & rakan2 sekitar kita. Biar cuma sikit 1 ayat tapi disampaikan, lagi baik daripada ramai ilmu tapi cuma untok diri sendiri.

Tolong jemput/undang rakan + saudara di bawah gambar daripada page ini agar ramai orang saling ingat meng-ingati sesama insan:

http://www.facebook.com/pages/-ISLAM-TERBUKTI-BENAR-/298400792751?v=info